KEADAAN lori tanah yang tersangkut di jejantas di Kilometer 44 Jalan Klang-Teluk Intan, dekat Taman penggawa, Sungai Lias, semalam. FOTO Ihsan Pembaca.
KEADAAN lori tanah yang tersangkut di jejantas di Kilometer 44 Jalan Klang-Teluk Intan, dekat Taman penggawa, Sungai Lias, semalam. FOTO Ihsan Pembaca.
Amirul Aiman Hamsuddin


Sungai Besar: Sebuah lori tanah tersangkut di jejantas di Kilometer 44 Jalan Klang-Teluk Intan, dekat Taman Penggawa, Sungai Lias, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, kejadian dipercayai berlaku pada 4.45 petang ketika kenderaan berat terbabit selesai menurunkan tanah di kawasan pembinaan.

"Ketika lori meneruskan perjalanan secara tiba-tiba, bahagian 'bucket' tersangkut pada jejantas.

"Difahamkan kemalangan berlaku akibat kerosakan butang hidraulik.

"Bagaimanapun, pemandu lori berusia 32 tahun itu hanya mengalami sakit di bahagian dada," katanya, hari ini.

Beliau berkata, akibat kemalangan itu, lori dipandu mangsa mengalami kerosakan pada bahagian 'bucket'.

"Kes disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59," katanya.

Terdahulu, tular rakaman video dan gambar di laman sosial menunjukkan lori tanah terbabit tersangkut di jejantas.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 Ogos 2021 @ 8:30 AM