ANGGOTA polis mengawal keadaan di PPV Evo Mall, Bandar Baru Bangi, Bangi, yang diserbu orang ramai, hari ini.
ANGGOTA polis mengawal keadaan di PPV Evo Mall, Bandar Baru Bangi, Bangi, yang diserbu orang ramai, hari ini.
Nurul Hidayah Bahaudin

Bangi: Kehadiran kira-kira 3,000 individu untuk mendapatkan vaksin secara 'walk in' di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Evo Mall, Bandar Baru Bangi, di sini, menyebabkan pusat berkenaan sesak, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, orang ramai dilihat mula membanjiri PPV berkenaan kira-kira 9 pagi tadi.

"Kejadian menjadi tidak terkawal selepas kira-kira 3,000 orang datang ke PPV berkenaan untuk mendapatkan vaksin secara walk in.

"Bagaimanapun, keadaan kembali teratur mulai 12 tengah hari tadi dengan bantuan tujuh pegawai dan anggota dari Balai Polis Bandar Baru Bangi yang bertugas di PPV terbabit," katanya dalam kenyataan, di sini.

Katanya, PPV berkenaan sudah lama beroperasi, namun tidak pernah ada masalah kesesakan sebelum ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Ogos 2021 @ 4:08 PM