SHAH ALAM 18 OGOS 2021.Mahkamah Majistret, Shah Alam, 18 Ogos lalu membenarkan empat individu termasuk seorang jurutera ditahan reman selama lima hari bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah berjumlah RM130,000 bagi projek jalan dan sekolah tahfiz pada tahun 2019. FOTO FAIZ ANUAR

Oleh Norzamira Che Noh

Shah Alam: Perintah reman terhadap empat individu termasuk seorang jurutera sebuah jabatan kerajaan disambung dua hari lagi bermula esok.

Permohonan reman itu dikeluarkan Majistret Siti Hajar Ali selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan di Mahkamah Majistret Shah Alam di sini, pagi hari ini.

Pada 18 Ogos lalu, empat lelaki berusia 37 hingga 45 tahun itu direman lima hari sehingga hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah bagi projek jalan dan sekolah tahfiz pada 2019.

Kesemua suspek iaitu jurutera, penolong jurutera serta dua pengurus syarikat kontraktor ditahan antara 1.30 tengah hari hingga 5 petang ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor.

Menurut sumber, suspek jurutera dan seorang penolong jurutera dipercayai meminta dan menerima wang rasuah berjumlah lebih RM120,000 daripada kontraktor terbabit sejak 2019 hingga tahun lalu bagi mendapatkan kerja pembinaan jalan raya dan pembinaan sekolah tahfiz di daerah berkenaan.

Difahamkan, kontraktor terbabit tidak layak untuk memperoleh projek tersebut namun menggunakan nama syarikat lain bagi membolehkan mereka mendapat projek itu.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Ogos 2021 @ 2:24 PM