Amirul Aiman Hamsuddin

Kuala Selangor: Hampir tiga minit masa diambil seorang 'toyol' untuk mencuri pelbagai barangan di dalam premis barangan kecantikan dan kesihatan sebuah pasar raya, di sini.

Gelagat suspek yang berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) mendapati lelaki itu leka mencuri pelbagai barangan yang disorokkan di dalam beg sandang dan poket seluarnya.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, kejadian berlaku kira-kira 2.50 petang semalam, menyebabkan premis itu kerugian kira-kira RM 500.

"Hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati suspek dipercayai mengambil barang dan memasukkannya ke dalam beg sandang dibawa.

"Salah seorang pekerja pasar raya itu cuba mengejar dan menangkap suspek namun gagal," katanya tadi.

TANGKAP layar video menunjukkan seorang lelaki mencuri barang di premis kecantikan dan kesihatan sebuah pasar raya di daerah ini, semalam. FOTO ihsan FB POLIS KUALA SELANGOR
TANGKAP layar video menunjukkan seorang lelaki mencuri barang di premis kecantikan dan kesihatan sebuah pasar raya di daerah ini, semalam. FOTO ihsan FB POLIS KUALA SELANGOR

Ramli berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu dan berusaha mengesan suspek.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan (KK).

"Orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali suspek boleh tampil memberi maklumat atau menghubungi Bilik Gerakan IPD Kuala Selangor di talian 03-32813853," katanya.

Sebelum ini video rakaman CCTV berdurasi 2 minit dan 50 saat dimuat naik di laman Facebook Polis Kuala Selangor memaparkan lelaki memakai pelitup muka memasukkan barang dicuri ke dalam beg sandang serta poket seluar kanan dan kiri.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Ogos 2021 @ 2:42 PM