HASNI. FOTO Arkib NSTP
HASNI. FOTO Arkib NSTP
Mohamed Farid Noh

Johor Bahru: Ahli politik negara diminta melakukan gencatan politik sekali gus bersama-sama membantu rakyat, khususnya di kawasan yang diwakili mereka dengan pelantikan Perdana Menteri Kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, dengan berakhirnya kemelut pemilihan pemimpin negara, semua pimpinan, sama ada dalam kerajaan atau pembangkang supaya memberi fokus terhadap usaha menangani pandemik Covid-19.

"Alhamdulillah, kemelut pelantikan Perdana Menteri Malaysia Kesembilan akhirnya dapat diselesaikan dalam keadaan aman.

"Tahniah saya ucapkan kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Ahli Parlimen Bera atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia Kesembilan.

"Semoga dengan pelantikan ini dapat meneruskan agenda mengekang serta memutuskan rantaian pandemik Covid-19, sekali gus memacu pemulihan ekonomi negara.

"Saya mengajak semua pimpinan, sama ada dalam kerajaan mahupun pembangkang supaya lakukan gencatan politik dan marilah bersama-sama membantu rakyat, khususnya di kawasan yang diwakili masing-masing," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 Ogos 2021 @ 8:00 PM