WAN Rosdy. FOTO Arkib NSTP
WAN Rosdy. FOTO Arkib NSTP
Asrol Awang

Kuantan: Semua pihak diharap memberi kerjasama kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya dapat menjalankan tugas dan peranan sebagai Perdana Menteri kesembilan dengan berkesan.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, lebih-lebih lagi, situasi sekarang dalam usaha menangani penularan wabak pandemik Covid-19 yang merekodkan jumlah melebihi 23,000 kes harian di seluruh negara, hari ini.

Sehubungan itu, beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang mengucapkan tahniah kepada Ismail Sabri atas perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

"Pelantikan ini satu kebanggaan kepada rakyat terutama di Pahang apabila beliau ialah anak jati negeri ini dan Ahli Parlimen Bera," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Terdahulu, Al-Sultan Abdullah berkenan melantik Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri kesembilan.

Pelantikan itu selepas baginda menerima surat akuan 114 Ahli Dewan Rakyat, sekali gus mencukupi untuk membentuk kerajaan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 Ogos 2021 @ 7:35 PM