GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO NSTP
GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO NSTP
Redzuan Muharam


Kuala Lumpur: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 33 lokaliti dekat Dungun, Terengganu dan satu di Sabah yang dijadualkan tamat esok dilanjutkan mulai Selasa ini sehingga 30 Ogos depan.

Menteri Kanan Luar Negeri (Keselamatan) Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, 19 lokaliti terbabit berada dalam Mukim Kuala Dungun di Dungun, Terengganu.

Menurutnya, kawasan itu adalah Sungai Buaya, Tanah Lot, Lembah, Padang Jambu, Nibong, Bukit Chatak Tengah, Kampung Molek, Bijangga, Sungai Udang dan Sungai Penaga.

"Kawasan lain dalam Mukim Kuala Dungun yang dikenakan PKPD adalah Kubang Miang, Teratai, Teluk Lipat, Alor Tembesu, Sura Utara, Batu 48, Sura Gate, Bukit Chatak dan Tembesu Akar.

"Empat belas lokaliti di Mukim Sura, Dungun pula adalah Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) Gong Pasir, Kampung Gong Pasir, Taman Maidam, Batu 5 dan Sura Tengah.

"Kawasan lain yang turut tidak terkecuali adalah Alor Tempoyak, Taman Rakyat Jaya, Taman Delima Batu 6, Balai Besar, Sura Melati, Batu 7, Paya Balai Besar, Pak Sabah dan Sura Lapangan Terbang," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Sementara itu, Hishammuddin berkata, satu-satunya lokaliti di Sabah dilanjutkan tempoh PKPD adalah Kampung Tagibang yang terletak dekat daerah Kota Marudu.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 Ogos 2021 @ 5:57 PM