GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO NSTP
GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO NSTP
Amir Abd Hamid


Kuala Lumpur: Lapan lokaliti di Sabah dan satu lokaliti di Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 16 Ogos hingga 29 Ogos 2021.

Menteri Kanan Luar Negeri (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, lokaliti di Sabah yang dikenakan PKPD ialah Kampung Sungai Pukul dan Muhibbah Raya di Tawau, Kampung Paka Kawiyan dan Matupang di Ranau serta Perumahan Ladang Excellent Challenger II di Beluran.

Selain itu, katanya, lokaliti lain yang turut dikenakan PKPD di negeri itu ialah pekan Donggongan di Penampang (Blok G, H, K, L, Megalong dan Kawasan Perbandaran Donggongan Fasa 2), Kampung Sembirai Lebak Engad di Kota Belud dan Kampung Tuhau, Matunggong di Kudat.

Beliau berkata, satu lokaliti di Pahang yang dikenakan PKPD ialah Kampung Orang Asli Terisu, Pos Terisu, Cameron Highlands.

"Perintah PKPD di lokaliti yang berkenaan dikenakan selepas meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 di situ.

"Prosedur operasi standard (SOP) bagi kesemua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini," katanya dalam kenyataan media harian mengenai Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan PKPD, hari ini.

Beliau berkata, satu lokaliti di Sabah yang sepatutnya tamat hari ini pula iaitu Kampung Darau, Menggatal, Kota Kinabalu terpaksa dilanjutkan dari 15 Ogos hingga 28 Ogos 2021.

Selain itu, katanya, setelah meneliti pembentangan KKM mengenai situasi semasa, PKPD akan ditamatkan di beberapa lokaliti.

"Lokaliti yang ditamatkan PKPD di Sabah ialah empat lokaliti di Kota Kinabalu iaitu Lorong Kuala Laut Likas, Kampung Warisan, Kampung Rakyat Baru, dan Kuarters Pekerja Imbas Jaya, Jalan Kionsom.

"Kampung Tinusa 2, Sandakan serta Lorong 3, Kampung Klias Baru dan Kampung Melulugus di Beaufort," katanya.

Menurutnya, PKPD turut ditamatkan di dua lokaliti di daerah Rompin, Pahang iaitu Bandar Melati dan Ladang Senang selain Gugusan Semarak, PJU 5, Kota Damansara, Petaling di Selangor.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 Ogos 2021 @ 5:55 PM