KAUNTER JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, gambar fail. FOTO NSTP
KAUNTER JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, gambar fail. FOTO NSTP
Tuty Haryanti Ahmad Rodzi


Kuala Lumpur: Semua kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mula beroperasi pada hujung minggu mulai hari ini.

JPJ dalam satu kenyataan memaklumkan waktu operasi bagi kaunter JPJ adalah pada 9 pagi sehingga 1 tengah hari setiap Jumaat dan Sabtu bagi Kedah, Terengganu, Kelantan dan Johor, manakala Sabtu dan Ahad bagi negeri lain.

"Semua urusan adalah secara temu janji berjadual dan walk-in (jumpa terus) tidak dibenarkan.

"Mod bayaran adalah secara tanpa tunai (cashless) bagi operasi kaunter hujung minggu," katanya.

Menurut kenyataan itu, kapasiti petugas kaunter pula adalah mengikut garis panduan pengoperasian pejabat kerajaan di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN).

"Bagi Fasa 1 PPN kapasiti kakitangan adalah 50 peratus, Fasa 2 (60 peratus), Fasa 3 (80 peratus) dan Fasa 4 (100 peratus)," katanya.

JPJ menasihatkan orang ramai sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Ogos 2021 @ 5:31 PM