Mohamed Farid Noh


Johor Bahru: Kenderaan membawa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di kediaman rasmi Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad di Saujana, kira-kira 2.15 petang tadi.

Difahamkan, pertemuan antara Ismail Sabri, Hasni yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Johor bersama beberapa pimpinan Umno negeri bagi membincangkan isu semasa politik negara.

Terdahulu, Ismail Sabri menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar di Istana Pasir Pelangi, pagi tadi.

Ismail Sabri tiba di Istana Pasir Pelangi kira-kira 10.45 pagi dan pertemuan bersama Sultan Ibrahim berlangsung selama lebih sejam.

KENDERAAN membawa Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tiba di kediaman rasmi Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad, di Saujana, kira-kira jam 2.15 petang tadi. FOTO Nur Aisyah Mazalan
KENDERAAN membawa Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tiba di kediaman rasmi Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad, di Saujana, kira-kira jam 2.15 petang tadi. FOTO Nur Aisyah Mazalan

Semalam Hasni dilaporkan berkata, pihaknya akan membuat penjelasan mengenai keabsahan kerajaan negeri ketika ucapan penggulungannya pada hari terakhir Sidang Dewan Undangan (DUN) Johor, kali ini.

Penjelasan dan pendirian Umno Johor berhubung sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan dijelaskan pada sesi penggulungannya itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Ogos 2021 @ 3:31 PM