Noraniza Azmi

PENONTON TV3 dan juga pembaca surat khabar BH kini boleh mendapatkan berita terkini dari dalam dan luar negara sepanjang 24 jam menerusi laman sesawang BH di www.bharian.com.my bermula 1 Ogos 2021.

Kerjasama pertama antara BH dan Buletin TV3 ini bertujuan memberi  perkhidmatan dan kandungan terkini serta terbaik kepada pembaca dan penonton setia BH juga TV3. 

Kerjasama ini pastinya memberi manfaat kepada orang ramai, khususnya pelayar laman sesawang BH apabila turut mendapat akses untuk mengikuti Buletin TV3, secara langsung menerusi portal BH.

Begitu juga kepada penonton setia TV3, mereka kini juga mempunyai pilihan untuk menonton Buletin TV3 secara langsung menerusi BH Live TV di portal BH. 

Gandingan kolaborasi strategik ini juga dapat memaksimumkan tontonan digital dalam kalangan pengguna yang mahukan berita terkini yang cepat dan sahih. 

Maklumat terkini yang dikongsikan merangkumi topik-topik sosial, ekonomi, politik, sukan, teknologi, bisnes dan banyak lagi. 

Malah, Berita Buletin TV3 ini juga akan tersimpan dalam portal BH dan boleh diulang tonton pada bila-bila masa. 

 

Pastikan anda menonton klip-klip video terkini Buletin TV3 dan strim live Buletin Utama, Buletin 130, Buletin Pagi dan Nightline di laman sesawang BH.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Ogos 2021 @ 10:04 AM