Zatul Iffah Zolkiply dan Baharom Bakar


Kuala Terengganu: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Taman Tamadun Islam (TTI), di sini, bagi melihat proses vaksinasi di Terengganu.

Muhyiddin yang tiba di PPV TTI jam 4.18 petang sempena lawatan kerjanya ke negeri ini meluangkan masa hampir 20 minit untuk memantau perjalanan proses vaksinasi selain turut beramah mesra bersama penerima.

Turut sama dalam lawatan itu adalah Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti), Datuk Ahmad Amzad Hashim.

PPV TTI itu memulakan operasinya pada Selasa lalu dengan mensasarkan suntikan maksimum sebanyak 4,000 sehari.

PPV TTI adalah PPV integrasi ketiga di Terengganu selepas PPV di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Stadium Tertutup Gong Badak di Kuala Nerus.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Ogos 2021 @ 5:30 PM