BERNAMA

Kuala Lumpur: Sebanyak 25,863,563 dos vaksin Covid-19 diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi perkongsian infografik di Twitternya memaklumkan daripada jumlah itu, 16,347,422 orang menerima suntikan dos pertama manakala 9,516,141 orang menerima dos kedua.

"Mengikut peratusan, 50.1 peratus daripada populasi negara telah mendapat dos pertama, manakala 29.1 peratus telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 mereka," katanya.

ANTARA penerima dos vaksin dari kawasan Sungai Apong dan Pending, Sarawak serta kawasan sekitarnya yang datang secara ‘walk-in’ untuk mendapatkan suntikan di dalam bas pesiaran yang diubah suai menjadi klinik mini. FOTO Nadim Bokhari

Dengan ini, sebanyak 69.8 peratus penduduk dewasa telah menerima dos pertama vaksin Covid-19, manakala 40.7 peratus terima dos kedua, setakat semalam.

Sementara itu, vaksinasi harian mencatatkan sebanyak 497,352 dos diberikan semalam dengan 227,506 adalah pemberian dos pertama manakala 269,846 adalah dos kedua.

PICK dilancarkan pada 24 Feb lalu bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Ogos 2021 @ 11:35 AM