GAMBAR hiasan. FOTO BERNAMA
GAMBAR hiasan. FOTO BERNAMA
Raja Noraina Raja Rahim

Kuala Lumpur: Sebanyak lapan lokaliti di Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari bermula Jumaat ini, berikutan risiko dan trend jangkitan Covid-19 di lokaliti terbabit.

Menteri Kanan Luar Negeri (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Hishammuddin Hussein Hussein berkata, pelaksanaan PKPD itu membabitkan tiga lokaliti di Tawau, dua lokaliti di Beluran dan masing-masing satu di Kota Kinabalu, Kota Marudu dan Tambunan.

"PKPD di Tawau adalah Kampung Kongsi 8; Kampung Bergosong, Pulau Sebatik dan PPR Taman Sri Apas Batu 8.

"Manakala di Beluran adalah Perumahan Ladang Reka Halus dan Perumahan Ladang Boustead Trunkline.

"Tiga lagi lokaliti yang dikenakan PKPD adalah Kampung Kayu Madang, Telipok, Kota Kinabalu; Kampung Batition, Kota Marudu dan Kampung Sunsuron, Tambunan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, kerajaan melanjutkan PKPD di beberapa lokaliti di Kelantan dan Sabah yang sepatutnya tamat esok iaitu Kampung Jedip WCT, Kampung Sendrop dan Kampung Seng Sang di Gua Musang, Kelantan; Kampung Lahat-Lahat, Pulau Sebatik di Tawau; Ladang Bukit Mas serta Ladang Linbar 1 di Kinabatangan, Sabah.

Katanya, turut dilanjutkan 11 lagi lokaliti di Tuaran, Sabah iaitu Kampung Betutai, Kampung Bolong Baru, Kampung Bontoi, Kampung Kindu, Kampung Lapasan, Kampung Serusop, Kampung Sungai Damit, Kampung Timbok, Kampung Simpangan, Taman Sri Rugading dan Taman Telipok Ria.

Selain itu, Hishammuddin berkata, penelitian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga memutuskan 23 lokaliti PKPD akan ditamatkan mulai esok.

Beliau berkata, ia membabitkan Kampung Cekau, Kampung Lojing dan Kampung Penangau, Gua Musang, Kelantan; Taman Amalina Lestari, Raub dan Ladang Bukit Berembun, Mukim Keratong, Rompin, Pahang serta Kuarters Pekerja Ladang Pelitanah 1 dan 2, Dalat, Mukah, Sarawak.

"Blok Angsana; Blok Sumboi-Sumboi; Kampung Seberang Benoni; Apartment Taman Suria; Kampung Mangkadatan Notoruss; Taman Penampang Fasa 2; Taman Perwira Ranggu; Blok 5 Kampung Titingan; Kampung Mamaitom; SKIM Kuala Tomani; Kampung Meruntum Fasa 3; Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Keramat dan Kampung Talantang 1, Kota Marudu.

"Kampung Ayer; Flat LPPB Sri Taman; Lorong 1-8 Taman Kenari; Taman Mawar dan PPR Taman Murni yang kesemuanya lokaliti di Sabah," katanya.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Ogos 2021 @ 7:08 PM