LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.
LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.
Balqis Jazimah Zahari


Kampar: Lelaki warga emas yang disyaki membunuh isterinya yang berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) di sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Desa Cahaya, Gopeng, dekat sini, semalam direman tujuh hari bermula hari ini.

Perintah reman sehingga 16 Ogos ke atas suspek berusia 72 tahun itu dikeluarkan bagi membolehkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, siasatan masih dijalankan dan punca kematian mangsa belum diketahui.

"Reman terhadap suspek baru sahaja diperoleh dan punca kematian mangsa setakat ini masih dalam siasatan," katanya hari ini.

Hasron Nazri berkata, suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan ujian urin suspek masih dalam siasatan pihak polis.

Semalam, NSTP melaporkan Lelaki warga emas berusia 72 tahun ditahan selepas disyaki membunuh isterinya yang berstatus OKU di sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Desa Cahaya, Gopeng di sini.

Berita berkaitan:

  • Bunuh, kelar isteri OKU, warga emas ditahan
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Ogos 2021 @ 1:15 PM