ROKOK seludup yang ditemui di sebuah rumah sarang burung walit di Jalan Payang, Lahad Datu. FOTO ihsan PGA
ROKOK seludup yang ditemui di sebuah rumah sarang burung walit di Jalan Payang, Lahad Datu. FOTO ihsan PGA
Juwan Riduan


Lahad Datu: Batalion 17 Pasukan Gerakan Am (PGA) Lahad Datu merampas 1,698 karton rokok seludup bernilai RM314,879 yang disembunyikan dalam rumah sarang burung walit di Jalan Payang di sini, semalam.

Dalam serbuan Op Kontraban pasukan khas perisikan Batalion 17 Lahad Datu kira-kira jam 6.45 petang itu, turut ditahan seorang lelaki warga Indonesia berusia 22 tahun.

Komander Briged PGA Sabah, Senior Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail berkata, serbuan dilakukan susulan maklumat risikan oleh pasukan Batalion 17 PGA Lahad Datu.

Katanya, serbuan menemukan puluhan plastik hitam dan kotak yang berisi 1,698 rokok seludup pelbagai jenama di dalam rumah sarang burung walit berkenaan.

"Semua rampasan rokok dan tangkapan dibawa ke Balai Polis Lahad Datu untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967," katanya.

Katanya. polis menyeru masyarakat supaya memberikan kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti yang menyalahi undang-undang.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 Ogos 2021 @ 12:38 PM