GAMBAR hiasan. FOTO BERNAMA
GAMBAR hiasan. FOTO BERNAMA
BERNAMA

Kuala Lumpur: Sebanyak lima lokaliti di Pahang dan sembilan di Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuat kuasa Isnin ini hingga 22 Ogos depan.

Menteri Kanan Luar Negeri (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata di Pahang, lokasi dikenakan PKPD iaitu Felda Jengka 18 dan Kampung Paya Besar Kertau di Maran; Kampung Orang Asli Sungai Bot, Karak di Bentong; Felda Sungai Panching Selatan di Kuantan dan Jalan Feri Lama, Teluk Gading di Rompin.

"PKPD di Sabah melibatkan empat perumahan di Semarak, Tawau, iaitu Taman Semarak Indah, Taman Semarak Jaya, Flat Sri Semarak dan Taman Sejati.

"Selain itu di Penampang membabitkan lokaliti Kampung Koidupan dan Kampung Guunsing-Novunsu; Kampung Marau di Sipitang; Kampung Baru Kimanis, Papar serta Kampung Tanjong Kapor di Kudat," katanya.

Sementara itu, Hishammuddin berkata beberapa lokaliti di Perak, Pahang, Kedah dan Sabah yang dikenakan PKPD pada 26 Julai lalu, ditamatkan pada 8 Ogos seperti dijadualkan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 Ogos 2021 @ 6:02 PM