Ahmad Faizal Azumu.
Ahmad Faizal Azumu.
Balqis Jazimah Zahari


Ipoh: Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di atas pelantikannya sebagai Penasihat Khas. "Saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Saya akan memastikan tanggungjawab digalas dengan baik demi kepentingan rakyat dan negara," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Timbalan Presiden Bersatu dan Ahli Parlimen Tambun itu berkata, beliau akan berusaha gigih membantu Perdana Menteri mengikut tanggungjawab dan arahan beliau.

"Usaha yang paling utama dan penting kini adalah penyelesaian kepada krisis kesihatan dan ekonomi yang menjejaskan rakyat dengan segera dan cekap.

"Semoga Allah SWT kurniakan rahmat dan perlindungan buat kesemua para pemimpin dan rakyat Malaysia," katanya.

Berita berkaitan:

  • Ahmad Faizal dilantik Penasihat Khas PM bertaraf Menteri
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Ogos 2021 @ 8:29 PM