Ahmad Faizal. FOTO Arkib NSTP
Ahmad Faizal. FOTO Arkib NSTP
Yusmizal Dolah Aling


Kuala Lumpur: Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dilantik sebagai Penasihat Khas kepada Perdana Menteri bertaraf Menteri.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan media ringkas hari ini berkata, Ahli Parlimen Tambun dan bekas Menteri Besar Perak itu akan bertanggungjawab menasihati Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam hal ehwal jalinan komuniti, komunikasi masyarakat dan pembangunan sosio-ekonomi.

"Pejabat ini mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu atas pelantikan ini," katanya.

Sejak awal pagi tadi, satu poster ucapan tahniah atas lantikan Ahmad Faizal dari Bersatu Kota Bharu mulai tersebar melalui media sosial.

Untuk rekod, Ahmad Faizal sebelum ini meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Perak selepas gagal memperoleh sokongan dalam usul keyakinan ahli Dewan terhadap Menteri Besar dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) 4 Ogos tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Ogos 2021 @ 4:57 PM