Tuan Ibrahim Tuan Man. FOTO arkib NSTP
Tuan Ibrahim Tuan Man. FOTO arkib NSTP
Amir Abd Hamid dan Yusmizal Dolah Aling


Kuala Lumpur: Pas akan terus mendukung kerajaan Perikatan Nasional dan kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Presidennya Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ia bagi memberi tumpuan untuk menangani penularan Covid-10 melalui Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang digerakkan kerajaan.

Katanya,Pas juga komited untuk terus membantu rakyat yang terkesan dalam keadaan yang sukar ini.

"Justeru diharapkan seluruh rakyat Malaysia bersabar dan memberikan kerjasama dalam usaha menangani wabak," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, Pas memandang serius perkembangan terkini kemelut politik yang sedang berlaku dalam kerajaan.

"Sebarang kenyataan mengenai pendirian Pas dalam kemelut ini hanya akan dikeluarkan oleh Presiden dan Setiausaha Agung saja," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Ogos 2021 @ 12:16 PM