Amir Abd Hamid


Kuala Lumpur: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin lengkap bersongkok sempat melambai ke arah petugas media ketika kenderaan membawanya keluar dari kawasan kediamannya di Bukit Damansara, di sini, 10.49 pagi hari ini.

Beliau dipercayai menuju ke Istana Negara yang turut kembali menjadi tumpuan media, hari ini selepas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO semalam memutuskan menarik sokongan kepada kerajaan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Ogos 2021 @ 11:01 AM