MUHAMMAD Sanusi Md Nor. FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR
MUHAMMAD Sanusi Md Nor. FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR
Noorazura Abdul Rahman


Alor Setar: Tindakan UMNO menarik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak memberi kesan kepada pimpinan di Kedah.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor, berkata ini kerana kerajaan negeri di bawah pimpinan PAS masih mempunyai majoriti.

"Di Kedah tiada isu kerana PAS mempunyai 15 kerusi dan Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) enam kerusi manakala UMNO dua kerusi, kesemuanya 23 kerusi.

"Majoriti mudah kita perlu 19 kerusi sahaja, ia tidak memberi kesan kepada Kedah," katanya ketika dihubungi.

Pada Mei tahun lalu, PN membentuk kerajaan negeri baharu di Kedah selepas mendapat sokongan 23 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk daripada BERSATU.

Pakatan Harapan (PH) pula mempunyai 13 kerusi yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebanyak lima kerusi, Parti Amanah Negara (AMANAH) empat kerusi, dan masing-masing DAP serta Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) dua kerusi.

Semalam, Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sebulat suara menarik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Ogos 2021 @ 10:00 AM