Foto hiasan
Foto hiasan
Nurul Hidayah Bahaudin

Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti 30 kluster baharu yang dilaporkan di 11 negeri dan Wilayah Persekutuan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 30 kluster yang dikenal pasti, 14 daripadanya adalah membabitkan kluster komuniti, manakala 14 lagi kluster tempat kerja.

"Dua lagi kluster yang dilaporkan pula berkaitan kumpulan berisiko tinggi yang masing-masing dilaporkan di Kluang, Johor serta Titiwangsa, Kuala Lumpur.

"Sebanyak 3,761 kluster dilaporkan sehingga kini dengan 2,618 kluster dilaporkan tamat, manakala 1,143 kluster masih lagi aktif, setakat hari ini," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, data terkini kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) penularan jangkitan Covid-19 di Malaysia, sehingga semalam adalah sebanyak 1.07.

"Negeri yang mencatatkan nilai RT tertinggi adalah Terengganu dengan 1.30 diikuti Kelantan (1.25) dan Perak (1.20).

"Selain itu, negeri lain yang turut mencatatkan nilai RT melebihi 1.0 adalah Sabah (1.19), Kedah (1.18), Pulau Pinang (1.17), Johor (1.14), Kuala Lumpur (1.13), Pahang (1.11), Putrajaya (1.11), Selangor (1.08), Sarawak (1.08) dan Melaka (1.06)," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Ogos 2021 @ 7:18 PM