asar Awam Bukit Mertajam, di sini, sekali lagi akan ditutup mulai Khamis ini. FOTO NSTP
asar Awam Bukit Mertajam, di sini, sekali lagi akan ditutup mulai Khamis ini. FOTO NSTP
Nur Izzati Mohamad


Bukit Mertajam: Pasar Awam Bukit Mertajam, di sini, sekali lagi akan ditutup mulai Khamis ini selepas terdapat lima kes positif Covid-19 yang dikesan di kawasan itu.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Datuk Rozali Mohamud berkata, dua peniaga dan tiga pekerja pasar didapati positif wabak itu selepas membuat saringan di klinik swasta.

Menurutnya, pihaknya mengambil inisiatif awal dengan mengarahkan semua peniaga di pasar awam itu supaya menghentikan sementara operasi perniagaan selama tujuh hari bermula Khamis ini.

Katanya, ia bagi mengelak berlaku kegusaran dalam kalangan orang awam berhubung penularan yang berlaku di pasar berkenaan.

"MBSP akan membenarkan peniaga dan pekerja membuka semula perniagaan mereka sekiranya sudah menjalani ujian RT PCR atau RTK Antigen dan disahkan negatif.

"Ujian calitan itu perlu dibuat mulai hari ini dan hanya peniaga yang disahkan negatif sahaja akan dibenarkan masuk berniaga semula pada Jumaat ini dengan mengemukakan bukti saringan dibuat," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Katanya, arahan itu sebagai langkah pencegahan awal bagi membendung penularan wabak Covid-19 dalam kalangan peniaga, pekerja dan pengunjung.

"Namun, ia tertakluk kepada arahan lanjut oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Seberang Perai Tengah," katanya.

Pada 31 Mei lalu, pasar awam itu ditutup selama 10 hari berikutan terdapat 31 individu membabitkan golongan peniaga disahkan positif Covid-19 hingga wujudnya Kluster Jalan Pasar.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Ogos 2021 @ 5:03 PM