DR Izani mengadakan lawatan di PPV Kompleks Islam Panji, hari ini. FOTO Nor Fazlina Abdul Rahim
DR Izani mengadakan lawatan di PPV Kompleks Islam Panji, hari ini. FOTO Nor Fazlina Abdul Rahim
Nor Fazlina Abdul Rahim


Kota Bharu: Kelantan menjangkakan kes Covid-19 di negeri ini menurun dalam tempoh dua minggu lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri, Dr Izani Husin berkata, peningkatan kes Covid-19 selepas Aidiladha memang sudah dijangka.

"Memang kita sudah menjangka akan berlaku peningkatan kes selepas Aidiladha dan kerajaan negeri sudah bersedia ke arah itu.

"Namun, selepas peningkatan hampir dua minggu, kes kini menunjukkan sedikit penurunan dan kita menjangkakan kes semakin menurun dalam tempoh dua minggu lagi.

"Malah, fasiliti hospital dan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) dalam keadaan terkawal," katanya ketika mengadakan lawatan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Kompleks Islam Panji, di sini, hari ini.

Dr Izani berkata, pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam kalangan rakyat yang semakin lemah turut menyumbang kepada peningkatan kes.

Katanya, kewujudan varian delta turut membimbangkan dan pihaknya kini mengambil langkah segera dengan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan tertentu yang merekodkan kes tinggi.

"Varian delta ini sangat berbahaya kerana boleh berjangkit melalui udara dan kita berharap semua penduduk mematuhi SOP yang ditetapkan," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Ogos 2021 @ 12:06 PM