GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
BERNAMA

Kuala Lumpur: Sebanyak 21,668,999 dos vaksin Covid-19 diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi perkongsian infografik di Twitternya memaklumkan daripada jumlah itu, seramai 14,471,138 orang menerima suntikan dos pertama manakala 7,197,861 orang menerima dos kedua.

"Mengikut peratusan, 44.3 peratus daripada populasi negara sudah mendapat dos pertama, manakala 22 peratus sudah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 mereka," katanya.

Sementara itu, vaksinasi harian pula mencatatkan sebanyak 468,526 dos diberikan semalam dengan 223,479 adalah pemberian dos pertama manakala 245,047 lagi adalah dos kedua.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Ogos 2021 @ 10:08 AM