GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
BERNAMA

Kuala Lumpur: Gempa bumi kuat bermagnitud pada 6.1 skala Richter melanda Selatan Sumatera di Indonesia pada 6.48 pagi hari ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa itu berlaku pada kedudukan 244 kilometer (km) barat dari Bengkulu, Indonesia dengan kedalaman 48 km.

Bagaimanapun, berdasarkan penilaian awal, gempa terbabit tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Ogos 2021 @ 9:42 AM