GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Raja Noraina Raja Rahim dan Redzuan Muharam


Kuala Lumpur: Belum ada keputusan mengenai pemberian suntikan dos penggalak dan vaksin kepada kumpulan remaja setakat ini.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (Pick) Khairy Jamaluddin berkata, ia kerana perkara itu perlu dan dibincangkan terlebih dahulu dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) pada Jumaat ini.

"Tunggu mesyuarat teknikal JKJAV untuk tahu garis panduan dan perkara selanjutnya.

"Kemudian, baru ada keputusan untuk tawarkan vaksin kepada remaja warganegara bawah 18 tahun yang layak," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media perkembangan PICK secara maya, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Ogos 2021 @ 2:56 PM