Ekhwan Haque Fazlul Haque


Kuala Lumpur: Puluhan ahli parlimen pembangkang berarak menuju Parlimen, pagi ini.

Perarakan bermula dari Dataran Merdeka selepas ucapan ringkas dibuat presiden beberapa parti pembangkang.

Cubaan beberapa ahli parlimen untuk masuk ke laluan menuju Parlimen menerusi Bulatan Bank Negara dihalang polis Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).

Perarakan diketuai Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam ucapannya, Anwar berkata, kerajaan diketuai Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu meletak jawatan selepas mencabuli Perlembagaan dan membelakangkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan rakyat.

Perarakan bermula dari Dataran Merdeka selepas ucapan ringkas dibuat presiden beberapa parti pembangkang. FOTO Aswadi Alias
Perarakan bermula dari Dataran Merdeka selepas ucapan ringkas dibuat presiden beberapa parti pembangkang. FOTO Aswadi Alias

"Tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia apabila Ahli Parlimen dihalang masuk untuk bersidang," katanya.

Ketika ini kumpulan perarakan berada di Bulatan BNM sambil melaungkan "Hidup Rakyat" dan "Daulat Tuanku."

Berita berkaitan:

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Ogos 2021 @ 10:48 AM