FOTO Hiasan
FOTO Hiasan
BERNAMA

Lumut: Seorang kru bot nelayan tempatan warga Thailand dilaporkan hilang selepas bot peranti dinaikinya terputus hubungan dengan bot induk di kedudukan 24.4 batu nautika barat daya Pulau Buloh, dekat sini, Jumaat lalu.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kapten Maritim Shahrizan Raman berkata, mangsa dipercayai membawa bot peranti berkenaan pada Khamis lalu sebelum hilang dan tidak dapat dikesan.

"Maklumat kejadian ini diterima daripada Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor (Pusop) dan Kapal Maritim (KM) Gagah diatur gerak ke lokasi kejadian yang dilaporkan, namun tidak menemui sebarang petunjuk.

"Operasi Mencari dan Menyelamat juga telah diaktifkan oleh Pusat Sub Penyelamat Maritim (MRSC) Langkawi sejurus aduan diterima pada 6.40 petang semalam," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Ogos 2021 @ 9:16 AM