GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Nurul Hidayah Bahaudin
nurul.hidayah@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Sebanyak 23 lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Sabah dan Pahang bermula Ahad ini hingga 14 Ogos nanti.

Menteri Kanan Luar Negeri (Keselamatan) Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, pelaksanaan itu membabitkan 22 lokaliti di Sabah dan satu lokaliti di Pahang.

"Enam lokaliti dikenakan PKPD di Tawau, Sabah adalah Bandar Sabindo, Kampung Rancangan Sungai Tongkang, Taman Kukusan, Batu 2 Lorong Habib Abdul Rahman Jalan Apas, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Semarak dan Taman Berjaya.

"Di Keningau, Sabah pula, lima lokaliti dikenakan PKPD iaitu Kampung Bariawa Laut, Kampung Baitah, Kampung Panagatan Ulu, Kampung Kota Ayangan dan Rumah Kongsi Jutaya Lingkudau," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Hishammuddin berkata, tiga lokaliti dikenakan PKPD di Kudat, Sabah adalah Kampung Seri Aman, Taman Orkid dan Kampung Damaran Banggi.

"Di Sandakan pula terdapat tiga lokaliti dikenakan PKPD iaitu Kampung Lupak Meluas Darat, Kampung Sundang Laut dan Flat Taman Sejati, manakala dua lokaliti di Kota Kinabalu pula adalah Taman Sempelang, Sembulan serta Kampung Sembulan Tengah dan Lama.

"Terdapat masing-masing satu lokaliti dikenakan PKPD di Kampung Tempasuk, Kota Belud; Kampung Tengah Padang, Putatan; Kampung Babagon, Penampang dan Kampung Tanjung Kerayong, Mentakab, Temerloh, Pahang," katanya.

Beliau berkata, tiga lokaliti di Kuantan iaitu Taman Tas dan Pandan; Taman Indera Sempurna dan Taman Impianku serta satu lokaliti di Kota Belud iaitu Kampung Siansai Dundau pula dilanjutkan PKPD dari Ahad ini hingga 13 Ogos nanti.

"Sementara itu, 10 lokaliti di Kuantan, Pahang yang dikenakan PKPD sebelum ini akan ditamatkan mengikut jadual hari ini membabitkan Tanjung Lumpur, Peramu, Anak Air, Sungai Derhaka, Kempadang, Sungai Soi, Kampung Pahang, Taman Seri Inderapura, Sungai Isap dan Lorong Seri Teruntum.

"Selain itu, PKPD di lapan lagi lokaliti iaitu Taman Chengal, Temerloh; Jalan Pandan Indah, Ampang, Selangor; PPR Taman Ehsan, Kudat, Sabah; Kampung Naruntung, Pitas, Sabah; Ladang Sawit KLK Lungmanis dan Perumahan Kilang, Lahad Datu, Sabah; Kampung Pasir Hilir, Kuching, Sarawak dan Kampung Garung, Kuching, Sarawak turut ditamatkan hari ini.

"Selain itu, dua lokaliti masing di Sarawak dan Sabah iaitu Kampung Astana dan Sungai Bedil, Kuching serta Kampung Perpaduan Gumpa, Kudat, Penjara Tawau dan Kuaters Penjara Taman Ehsan, Tawau turut ditamatkan PKPD.

"Bagi PKPD di Kampung Belangkap, Rompin, Pahang pula ditamatkan lebih awal dari jadual iaitu bermula hari ini berbanding tarikh asal pada 5 Ogos nanti," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 Julai 2021 @ 6:53 PM