Warga emas dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, hari ini untuk proses permohonan reman. FOTO Nurul Hidayah Bahaudin
Warga emas dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, hari ini untuk proses permohonan reman. FOTO Nurul Hidayah Bahaudin
Nurul Hidayah Bahaudin


Kuala Kubu Bharu: Seorang lelaki warga emas direman tujuh hari selepas dipercayai melakukan persetubuhan luar tabii dengan seekor kambing betina sehingga menyebabkan haiwan itu mati di Serendah, di sini, kelmarin.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 60 tahun itu dibenarkan oleh Penolong Pendaftar Mohamad Azrul Muhd Sabri di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, di sini, hari ini.

Suspek yang memakai kemeja dan seluar berwarna coklat dibawa dengan trak diiringi dua anggota polis dari Balai Bukit Polis Sentosa memasuki perkarangan mahkmah jam 9.20 pagi tadi.

Dalam permohonan itu, Mohamad Azrul membenarkan suspek direman tujuh hari bermula hari ini hingga 4 Ogos nanti untuk membantu siasatan kes mengikut Seksyen 377/289 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Arsad Kamaruddin ketika dihubungi memaklumkan pihaknya akan melengkapkan kertas siasatan kes terbabit untuk dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi arahan lanjut.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan tindakan jijik seorang lelaki warga emas yang melakukan persetubuhan luar tabii dengan seekor kambing betina menyebabkan haiwan berkenaan ditemui mati di kandangnya, di Serendah, di sini, kelmarin.

Berita berkaitan:

  • Lelaki lakukan seks luar tabii dengan kambing ditahan
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 Julai 2021 @ 11:46 AM