GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Nurul Hidayah Bahaudin


Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti 42 kluster baharu yang dilaporkan di Johor, Selangor, Sabah, Kedah, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Perak, Terengganu, Kelantan, Pahang, Sarawak dan Putrajaya, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 42 kluster yang dikenal pasti, 25 daripadanya adalah kluster tempat kerja, manakala 12 lagi kluster membabitkan komuniti.

"Selain itu, dua lagi kluster berkaitan kumpulan berisiko tinggi, manakala dua lagi kluster membabitkan pusat tahanan dan satu lagi kluster adalah pendidikan lain.

"Sebanyak 3,527 kluster dilaporkan sehingga kini dengan 2,499 kluster dilaporkan tamat, manakala 1,028 kluster lagi masih aktif setakat hari ini," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, data terkini kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) penularan jangkitan Covid-19 di Malaysia sehingga semalam, adalah sebanyak 1.14.

"Negeri yang mencatatkan nilai RT tertinggi adalah Terengganu dengan 1.29 diikuti Kedah dan Johor dengan masing-masing merekodkan 1.26.

"Selain itu, negeri lain yang turut mencatatkan nilai RT melebihi 1 adalah Sabah (1.23), Kelantan (1.22), Perak (1.22), Pulau Pinang (1.19), Putrajaya (1.16), Selangor (1.14), Kuala Lumpur (1.14), Pahang (1.11), Melaka (1.04), Sarawak (1.04) dan Negeri Sembilan (1.00)," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Julai 2021 @ 7:31 PM