FOTO Arkib NSTP
FOTO Arkib NSTP
Ilah Hafiz Aziz

Kuala Lumpur: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bersedia untuk memberikan penerangan berterusan mengenai pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) termasuk butiran perbelanjaan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

MOSTI dalam satu kenyataan hari ini, berkata kementerian pada mesyuarat prosiding PAC hari ini juga sudah memberi penerangan tentang perkembangan PICK dan butiran perbelanjaan bagi pelaksanaannya.

"Pagi tadi MOSTI sudah menghadiri mesyuarat prosiding PAC berhubung perolehan vaksin Covid-19 dan penggunaannya kepada rakyat Malaysia," katanya.

Prosiding selama kira-kira tiga jam berkenaan dipengerusikan Pengerusi PAC, Wong Kah Woh serta dihadiri oleh ahli-ahli jawatankuasa.

Kenyataan itu menyebut, sesi berkenaan memberi peluang kepada MOSTI yang diketuai Menterinya, Khairy Jamaluddin dan pengurusan tertinggi kementerian termasuklah Ketua Setiausaha, Datuk Dr Siti Hamisah Tapsir.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Julai 2021 @ 3:56 PM