PETUGAS kesihatan memasukkan vaksin ke dalam picagari di PPV Galaxy Ampang Mall. FOTO Aziah Azmee.
PETUGAS kesihatan memasukkan vaksin ke dalam picagari di PPV Galaxy Ampang Mall. FOTO Aziah Azmee.
BERNAMA

Kuala Lumpur: Kadar pemberian vaksin harian negara menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) mencatatkan rekod tertinggi semalam iaitu sebanyak 521,923 dos.

Sebelum ini, jumlah pemberian vaksin harian tertinggi adalah 507,050 dos yang dicatat pada 22 Julai.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) menerusi laman Twitter memaklumkan, daripada jumlah yang dicatat semalam, seramai 333,621 individu menerima dos pertama manakala 188,302 mendapat dos kedua.

Selangor adalah negeri paling banyak memberikan suntikan iaitu 130,187 dos, diikuti Kuala Lumpur (85,647), Sarawak (38, 977 dos) dan Perak (32,311).

Secara kumulatifnya, JKJAV berkata, sebanyak 17,839,476 dos sudah diberikan kepada penduduk di negara ini setakat ini, yang meliputi 12,131,329 dos pertama dan 5,708,147 dos kedua.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Julai 2021 @ 12:02 PM