GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Muhaamad Hafis Nawawi


Puchong: Tertekan dan rindu kampung halaman dipercayai menyebabkan seorang pembantu rumah warga Indonesia cuba terjun dari tingkat sembilan sebuah residensi di Jalan Putra PrimaPuchong Prima Utama, di sini, hari ini.

Pengarah Bomba Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima maklumat jam 11.51 pagi dan tiba di lokasi jam 12.21 tengah hari.

Menurutnya, seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cyberjaya ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba dapati seorang pembantu rumah wanita warga Indonesia, 20-an cuba terjun dari tingkat sembilan kediaman itu.

"Pihak bomba dan pemilik rumah berjaya memujuk dan menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Norazam berkata, mengikut maklumat awal mangsa baru sebulan bekerja dan ingin pulang kerana rindukan kampung sehingga tertekan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Julai 2021 @ 2:34 PM