BERNAMA

Kuala Lumpur: Jumlah pemberian vaksin Covid-19 di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sejak dimulakan pada 24 Februari lalu sehingga semalam mencecah 16,904,896 dos suntikan di seluruh negara.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi perkongsian di Twitternya berkata, setakat 11.59 malam tadi, jumlah keseluruhan populasi yang melengkapkan kedua-dua dos vaksin adalah 5,397,826.

"Sementara itu, 11,507,070 lagi mendapat suntikan dos pertama vaksin," katanya dalam perkongsian itu.

Bagi vaksinasi harian, Dr Adham berkata, 417,738 dos diberikan semalam, merangkumi 284,672 individu menerima suntikan pertama manakala 133,066 penerima dos kedua.

GAMBAR hiasan. FOTO Bernama
GAMBAR hiasan. FOTO Bernama

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Julai 2021 @ 11:09 AM