GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Amirul Aiman Hamsuddin


Sabak Bernam: Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) menafikan dakwaan kononnya terdapat 60 kes positif Covid-19 di Pasar Awam Sungai Besar, di sini seperti yang tular di media sosial.

Yang Dipertua MDSB, Azman Dahlan berkata, dakwaan wujudnya kluster di pasar awam itu juga tidak benar.

"Pengunjung dan peniaga Pasar Awam Sungai Besar diingatkan tidak berkongsi maklumat tidak sahih kerana ia boleh mewujudkan pelbagai tanggapan salah kepada orang awam," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya orang ramai boleh mendapatkan maklumat rasmi melalu Facebook MDSB atau menghubungi talian 03-32241655.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai dakwaan berlaku penularan kes Covid-19 di pasar awam itu yang menyebabkan ada peniaga merungut pendapatan terjejas disebabkan berlaku kekurangan pelanggan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Julai 2021 @ 6:21 PM