GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
BERNAMA

Kuala Lumpur: Jumlah pemberian vaksin Covid-19 di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sejak dimulakan pada 24 Februari lalu sehingga semalam, mencecah 16,487,158 dos suntikan di seluruh negara.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi perkongsian di Twitter berkata, setakat 11.59 malam tadi, jumlah keseluruhan populasi yang melengkapkan kedua-dua dos vaksin ialah 5,264,760 atau 16.1 peratus.

"Sementara itu, 34.4 peratus atau 11,222,398 lagi mendapat suntikan dos pertama vaksin," katanya dalam perkongsian itu.

Bagi vaksinasi harian, Dr Adham berkata, 462,242 dos diberikan semalam, merangkumi 301,536 individu menerima suntikan pertama manakala 160,706 penerima dos kedua.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Julai 2021 @ 10:52 AM