Antara petugas barisan hadapan yang menerima sumbangan air kelapa di Mitec. Foto Hajar Umira Md Zaki
Antara petugas barisan hadapan yang menerima sumbangan air kelapa di Mitec. Foto Hajar Umira Md Zaki

Hajar Umira Md Zaki

[email protected]

( online )( slug - kelapa4 ) H: Sumbang air kelapa percuma untuk `hero' barisan hadapan

Kuala Lumpur: Usaha murni melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan memberi sumbangan air kelapa kepada 'hero' barisan hadapan serta penerima vaksin.

Itu antara pendekatan dilakukan Kalbe Malaysia Sdn. Bhd. (Kalbe) yang juga syarikat pengeluar minuman air kelapa jenama Hydro Coco di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini.

Ketua Kawasan, Bahagian Pengguna dan Minumannya, Rashid Ibrahim berkata, sebanyak 1,200 pek minuman itu disediakan secara percuma kepada penerima vaksin dan barisan petugas barisan hadapan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) mega itu.

Menurutnya, usaha dilakukan itu bagi membantu rakyat melalui pendekatan berbeza dengan mengenengahkan kebaikan air kelapa.

"Masyarakat sedia maklum khasiat air kelapa termasuk membantu menguatkan imunisasi selain turut menjadi sumber vitamin C.

"Khasiat air kelapa untuk tubuh badan manusia tidak boleh dinafikan. Buat mereka yang masih mencari-cari penawar kesihatan, air kelapa adalah yang terbaik. Namun begitu, ia perlu diminum secara konsisten dan tidak berlebihan," katanya.

Rashid menambah, penerima vaksin tidak perlu bimbang apabila minum air kelapa selepas mendapat suntikan vaksin.

"Minuman ini bukan sahaja sedap bahkan juga rendah kalori, rendah lemak, penuh dengan vitamin dan mineral penting untuk kesejahteraan tubuh badan.

"Pada masa sama, selain berfungsi sebagai hidrasi secara semula jadi, pengambilan air kelapa juga boleh meningkatkan sistem imun badan sekali gus mengurangkan risiko individu untuk dijangkiti Covid-19 ketika ini," katanya.

Malah menurutnya, program CSR ini turut bertujuan membantu penerima vaksin mengurangkan gejala demam sekiranya muncul selepas suntikan," katanya.

"Walaupun berdepan pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan bersiri, produk kami mendapat sambutan hebat dengan syarikat memberi fokus promosi dan jualan di atas talian," katanya.

Ketika ini, Kalbe merupakan syarikat pengedar Hydro Coco yang diimport dari Indonesia dan melantik Thirty Elements Sdn. Bhd. sebagai syarikat pengedar tunggal di negara ini.

caption

Pix 1: Sumbangan air kelapa jenama Hydro Coco kepada penerima vaksin dan petugas barisan hadapan di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Julai 2021 @ 11:38 PM