Gambar hiasan, petugas kesihatan merawat pesakit Covid-19. FOTO Aswadi Alias.
Gambar hiasan, petugas kesihatan merawat pesakit Covid-19. FOTO Aswadi Alias.
BERNAMA

Kuala Lumpur: Hospital Selayang bertukar status daripada hospital hibrid Covid-19 kepada hospital merawat Covid-19 sepenuhnya berkuat kuasa semalam.

Pengumuman itu dimaklumkan melalui satu kemas kini dalam laman Facebook rasmi hospital tersebut, hari ini.

"Penukaran tarikh janji temu akan dimaklumkan kepada pesakit dalam masa terdekat dan kerjasama semua dalam perkara ini amat dihargai," katanya.

Hospital Selayang menjadi hospital ketiga di Selangor berstatus hospital merawat Covid-19 sepenuhnya selepas Hospital Sungai Buloh dan Hospital Ampang.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Julai 2021 @ 4:12 PM