KEADAAN di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Stadium Perpaduan Petra Jaya pada 21 Julai lalu. FOTO Nadim Bokhari.
KEADAAN di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Stadium Perpaduan Petra Jaya pada 21 Julai lalu. FOTO Nadim Bokhari.
BERNAMA

Kuala Lumpur: Jumlah pemberian vaksin Covid-19 kini 15,517,866 dos suntikan di seluruh negara setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Menerusi perkongsian di Twitter, beliau memaklumkan sebanyak 446,052 dos vaksin diberikan hingga 11.59 malam tadi, merangkumi 282,980 individu menerima suntikan pertama, manakala 163,072 penerima dos kedua.

"Perkembangan baharu itu menjadikan jumlah terkini individu lengkap dua dos vaksin sebanyak 4,932,981 iaitu 15.1 peratus, populasi rakyat negara ini," katanya.

Labuan kekal negeri yang mencatatkan peratusan penduduk dewasa lengkap dua dos vaksinasi tertinggi dengan 68 peratus, diikuti Sarawak (49.4 peratus), Perlis (36.5 peratus), Lembah Klang (22.7 peratus) dan Negeri Sembilan (21.8 peratus).

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Julai 2021 @ 10:47 AM