LAPORAN Harian Metro
LAPORAN Harian Metro
Roselan Ab Malek


Lipis: Kehilangan misteri seorang wanita warga emas sejak Isnin lalu akhirnya terjawab apabila dia ditemui di tebing Sungai Lubuk Telor, Kuala Lipis, pada 6.45 petang tadi.

Zaradah Othman, 72, ditemui meninggal dunia oleh orang awam di lokasi yang terletak kira-kira 1 kilometer dari tebing sungai yang juga di belakang rumah mangsa.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat mangsa pada jam 5.45 petang.

Menurutnya, mayat mangsa di bawa ke Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat.

Tambah beliau suami wanita itu, Husin Amannadin juga sudah membuat pengecaman.

Berita berkaitan

Misteri kehilangan Zaradah

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Julai 2021 @ 12:23 AM