GAMBAR hiasan. FOTO BERNAMA
GAMBAR hiasan. FOTO BERNAMA
Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di empat lokaliti di Sabah dan Pahang bermula Jumaat ini hingga 5 Ogos ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD di Sabah dilaksanakan di lokaliti Taman Merpati, Sandakan.

Menurutnya, tiga lagi lokaliti di Pahang iaitu Felda Jengka 12, Jerantut; Kampung Belangkap, Rompin dan Kampung Orang Asli Ruai, Batu Talam, Raub.

"Sementara itu, PKPD di Kampung Istimewa, Batu Sapi, Sandakan dan Kondominium One Borneo, Kota Kinabalu yang sepatutnya tamat esok dilanjutkan hingga 5 Ogos.

"PKPD di seluruh Daerah Seremban, Negeri Sembilan; Kuarters Pekerja Malaysia China Industrial Park (MCKIP), Gebeng, Kuantan, Pahang; Dua Taman Perumahan di Kota Bharu, Kelantan iaitu Taman Kurnia Jaya dan Taman Pinggiran Golf ditamatkan PKPD bermula esok," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ismail Sabri berkata, PKPD lain yang turut ditamatkan esok adalah Kampung Sungai Imam, Tawau, Sabah; Dua Perkampungan di Putatan, Sabah iaitu Kampung Lembising dan Kampung Dumpil Keramat; Kampung Balibata, Beaufort, Sabah dan Kampung Pintasan, Kota Belud, Sabah.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Julai 2021 @ 7:07 PM