PETUGAS kesihatan, Roslinda Awang memberi suntikan vaksin kepada penerima di Bangi Avenue Convetion Center, semalam. FOTO Hazreen Mohamad
PETUGAS kesihatan, Roslinda Awang memberi suntikan vaksin kepada penerima di Bangi Avenue Convetion Center, semalam. FOTO Hazreen Mohamad
BERNAMA

Kuala Lumpur: Seramai 4,769,909 individu iaitu 14.6 peratus populasi rakyat di negara ini lengkap dua dos suntikan vaksin Covid-19 hingga 11.59 malam tadi.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata seramai 10,301,905 individu menerima dos pertama, yang menyaksikan jumlah pemberian vaksin itu di seluruh negara kini mencecah 15,071,814 dos suntikan.

"Jumlah ini termasuk suntikan pada Hari Raya Aidiladha semalam iaitu sebanyak 299,593 dos, merangkumi 204,064 individu menerima suntikan pertama dan 95,529 adalah penerima dos kedua," katanya dalam hantaran melalui laman Twitter hari ini.

Beliau berkata, lima negeri yang mencatatkan pemberian vaksin tertinggi semalam ialah Selangor dengan 107,444 individu, Kuala Lumpur (63,493), Sarawak (46,606), Johor (28,050) dan Pulau Pinang (14,630).

Menerusi hantaran sama, Labuan kekal mencatatkan peratusan penduduk dewasa lengkap dua dos vaksinasi tertinggi dengan 64.7 peratus, diikuti Sarawak (47.3 peratus), Perlis (36.5 peratus), Lembah Klang (21.6 peratus) dan Negeri Sembilan (20.9 peratus).

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Julai 2021 @ 11:32 AM