GAMBAR hiasan. FOTO BERNAMA
GAMBAR hiasan. FOTO BERNAMA
BERNAMA

Shah Alam: Kementerian Kesihatan (KKM) menambah lima lagi ambulans untuk Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, kata pengarah hospital berkenaan Dr Zulkarnain Mohd Rawi.

Menerusi laman Facebook HTAR, beliau berkata, tambahan itu berikutan keadaan darurat pada masa sekarang membabitkan penggunaan ambulans yang sangat tinggi atau disifatkan beliau sebagai 'luar biasa'.

"Panggilan yang diterima sangat banyak. Permintaan mengatasi keupayaan sedia ada," katanya.

Dr Zulkarnain mengulas demikian susulan laporan sebuah portal dalam talian bahasa Inggeris semalam (17 Julai), yang mendakwa Ahli Parlimen Klang Charles Santiago sebagai berkata, dua individu dari kawasannya gagal mendapatkan ambulans untuk menerima rawatan Covid-19 di HTAR.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Julai 2021 @ 11:56 AM