GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO Arkib NSTP
GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO Arkib NSTP
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Kerajaan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di beberapa lokaliti di Sabah, Negeri, Sembilan, Pahang dan Sarawak bermula 19 Julai hingga 1 Ogos ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju untuk mengenakan PKPD di lokaliti terbabit selepas meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mengambil kira penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19.

Menurutnya, lokaliti di Sabah adalah Apartment Seri Maju, Kota Kinabalu; Kampung Tinusa 2, Sandakan; QL Farm Breeder, Jalan Stesen TV dan Kuarters Pekerja Onika Kuari di Tawau.

"Di Negeri Sembilan pula adalah Taman Chembong Utama, Taman Chembong Jaya, Taman Setia Raja, Mukim Chembong dan Taman KSNS, Mukim Pedas.

"Manakala PKPD di Pahang pula di Pos Iskandar, Bera dan Kuala Medang, Lipis sementara di Sarawak adalah Kampung Garung, Kuching serta Kampung Pasir Hilir, Daerah Lundu, Bahagian Kuching," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ismail Sabri berkata, tiga lokaliti di Kuala Muda, Kedah iaitu Taman Bandar Baru Sungai Lalang, Taman Lembah Permai dan Kawasan Perindustrian Bakar Arang (termasuk Taman Cahaya PKNK) dilanjutkan PKPD.

"Di Sabah pula PKPD dilanjutkan adalah di Taman Zifa, Bingkul, Beaufort; Kampung Simpangan, Kota Marudu dan di Kelantan pula adalah Kampung Bukit Tanah, Mukim Bukit Jawa, Pasir Puteh.

"Kawasan itu yang akan tamat PKPD pada esok dilanjutkan bermula 19 Julai hingga 1 Ogos ini," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 Julai 2021 @ 8:08 PM