SUASANA di PPV IDCC Shah Alam semalam.
SUASANA di PPV IDCC Shah Alam semalam.
Raja Noraina Raja Rahim dan Ekhwan Haque Fazlul Haque

Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menjalankan siasatan berhubung kes positif Covid-19 dalam kalangan petugas Pusat Pemberian vaksin (PPV) Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam, Selangor.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya perlu mengenalpasti punca jangkitan berkenaan sebelum mengambil tindakan lanjut.

"KKM masih lagi menjalankan siasatan bagi mengetahui punca jangkitan.

"Kita akan lihat pautan epidemiologi antara satu kes dengan kes lain sebelum kita namakan kluster itu," katanya dalam sidang media khas di Putrajaya hari ini.

Turut hadir Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba; Ketua Setiausaha Kesihatan, Datuk Mohd Shafiq Abdullah; Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Chong Chee Kheong dan Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr Sha'ari Ngadiman.

Selasa lalu, PPV IDCC Shah Alam ditutup selepas 204 kes positif Covid-19 dikesan dalam kalangan petugas PPV berkenaan.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin dilaporkan berkata, penutupan sehari itu bagi tujuan sanitasi oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, sebanyak 6,000 janji temu dijadualkan semula.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Julai 2021 @ 7:09 PM