GAMBAR Hiasan. FOTO BERNAMA
GAMBAR Hiasan. FOTO BERNAMA
Yusmizal Dolah Aling


Kuala Lumpur: Sebanyak 434,828 dos suntikan vaksin Covid-19 diberikan semalam menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin di seluruh negara meningkat kepada 12,647,558 dos.

Daripada jumlah itu, 8,644,292 adalah penerima dos pertama manakala 4,003,266 adalah dos kedua.

Menerusi hantaran di Twitter, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, jumlah pemberian dos harian semalam itu adalah yang tertinggi setakat ini.

Katanya daripada jumlah itu, 279,938 menerima dos pertama manakala 154,890 lagi menerima dos kedua.

Beliau berkata, lima negeri yang mencatatkan pemberian vaksin tertinggi semalam ialah Selangor dengan 114,146 orang, diikuti Sarawak (74,136), Kuala Lumpur (70,609), Pulau Pinang (24,403), Negeri Sembilan (24,192) dan Johor seramai 21,487 orang.

Katanya, orang ramai dinasihatkan mendaftar menerusi aplikasi MySejahtera, http://vaksincovid.gov.my atau hubungi 1800888828.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Julai 2021 @ 11:15 AM