TAN Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media di Kementerian Kesihatan. FOTO Bernama.
TAN Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media di Kementerian Kesihatan. FOTO Bernama.
Raja Noraina Raja Rahim

Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenalpasti sebanyak 26 kluster baharu Covid-19 hari ini yang dikesan di sembilan negeri.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kebanyakan kluster yang dikesan hari ini membabitkan tempat kerja dan komuniti.

Katanya, empat kluster yang dikesan membabitkan kumpulan berisiko tinggi iaitu Kluster Sentosa 2 yang merekodkan 52 kes positif Covid-19, Jalan Pahat 15 (104 kes), Jalan Kelaboran (11 kes) dan Dah Melor (49).

"Sebanyak empat kluster tempat kerja dikenal pasti di Kuala Lumpur iaitu Kluster Tapak Bina Metropolis 2 yang merekodkan 69 kes manakala Jalan Sinar Sentul (9 kes), Jalan Ampang Sejahtera (7 kes) dan Lorong Ara (12 kes).

"Tiga kluster di Johor iaitu Persiaran Teknologi 11 yang merekodkan 15 kes, Jalan Dian 19 (11 kes) dan Lorong Aik Hwa (15 kes).

"Begitu juga Selangor tiga kluster iaitu Industri Alam Jaya 2/3 (33 kes), Jalan Medan Seksyen Sembilan (15 kes) serta Industri Jalan Mas Tujuh (5 kes)," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, masing-masing dua kluster di Kedah dan Melaka iaitu Kluster Dah Ketil Industri Baling (31 kes), Dah Saga Industri Sungai Petani (75 kes), Jalan Lebuh Ayer Keroh (33 kes) serta Jalan Jasin Bestari (47 kes).

Menurutnya, satu kluster tempat kerja di Sarawak dikenal pasti sebagai Kluster Jalan Teo Kui Ngo yang merekodkan 13 kes setakat ini.

Selain itu, beliau berkata, kluster komuniti pula membabitkan masing-masing dua di Selangor dan Terengganu manakala masing-masing satu di Melaka, Sabah serta Sarawak.

Katanya, kluster terbabit adalah Jalan 11 Medan yang merekodkan lapan kes, Desa Kemandol (19 kes), Murni Perdana (43 kes), Bukit Tok Bat (30 kes), Jalan D'Aranjo (26 kes), Kampung Melamam (37 kes) dan Duyoh (22 kes).

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Julai 2021 @ 7:28 PM